PENGENALAN PELAJARAN MENENGAH

 

Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:
  • Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
  • Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Pendidikan Menengah Rendah

Ini merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Subjek yang akan dipelajari terbahagi kepada berikut:

Subjek Teras Subjek Pilihan
Bahasa Melayu Pendidikan Islam
Bahasa Inggeris Moral
Sains Kemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga
Sejarah Kemahiran Hidup: Pertanian
Geografi Kemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan
Matematik Kemahiran Hidup Bersepadu

Bahasa-bahasa Eropah

Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).


Pendidikan Menengah Atas

Setelah tamat Pendidikan Menengah Rendah, murid-murid akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Menengah Atas selama 2 tahun (Tingkatan 4- Tingkatan 5).

Sejak pelaksanaan sijil terbuka, murid-murid perlu mengambil empat subjek wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah.

Terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas:
  • Aliran Akademik (Sains/Sastera)
  • Aliran Teknik dan Vokasional
  • Aliran Agama
Aliran Sains dan Sastera

Murid yang berminat dalam bidang akademik boleh memilih salah satu antara dua aliran utama. Murid yang berminat dengan sains akan mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (English for Science and Technolgy, EST).

Sekiranya memilih aliran sastera, murid akan memilih sains paduan dan sebarang subjek lain yang tidak berunsur sains seperti perakaunan atau perdagangan.

Aliran Teknik dan Vokasional

Selepas tamat PMR, murid yang berminat berpeluang untuk memilih ke aliran teknik. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik
  • Pertanian
  • Perdagangan
  • Pengurusan Makanan
  • Pengajian Pakaian
Murid berpeluang untuk memilih ke aliran vokasional. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
  • Elektrik
  • Elektronik
  • Automotif
  • Katering
  • Pengaturcaraan Komputer
Terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan aliran teknikal, tetapi bilangannya terhad dan hanya dua subjek elektif yang ditawarkan iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Murid yang meminati jurusan yang ditawarkan mestilah memohon untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik secara atas talian.

Pada akhir pengajian tingkatan 5 murid-murid daripada aliran ini akan dinilai melalui peperiksaan SPM.

Search site

Pautan Pantas

  

 

Poll

Adakah Anda Rasa Bahawa Laman Web SMKBTS Perlu Diaktifkan Balik ?

Ya (73)
74%

Tidak (25)
26%

Total votes: 98